jangan lupa barang keperluan hamster

Hmm. Tentang barang keperluan hamster. Dulu, saya hanya fikir, barang keperluan hamster hanyalah sangkar dan makanan. Rupanya saya silap. Jadi sekarang, saya akan cerita kenapa kita mesti ada duit paling sedikit pun RM 70.

Barang-barang keperluan untuk memelihara hamster:

  • Sangkar. Hmm, memandangkan anda telah pun Berjaya memilih dan memberi nama yang comel kepada dua ekor hamster anda, anda memerlukan sebuah sangkar. Sangkar yang dipilih bergantung kepada saiz sangkar yang anda mahu. Sangkar yang paling kecil, yang boleh memuatkan satu hingga dua ekor hamster berharga dalam lingkungan RM15-RM18. Kalau anda mempunyai duit lebih, anda belilah sangkar sederhana besar yang berharga dalam lingkungan RM 40-RM50. Tetapi, saya pada permulaanya hanya beli sangkar kecil, RM15.
  • Makanan. Hmm, hamster makan apa ye? Ramai yang saya soalan itu. Jawapan dia senang sahaja. Kuaci. Selain itu, hamster suka juga makan bijiran seperti oat, barli, beras, jagung (semua dalam keadaan kering). Terdapat juga makanan campuran yang mengandungi daging, dan sayur. Saya syorkan anda membeli kuaci sahaja sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang cukup. Ada kuaci yang dijual dalam paket (kedap udara) dan ada yang dijual secara lambak. Saya syorkan anda beli kuaci (atau apa jua makanan) yang sudah siap dipaket kerana terjamin makanan tersebut tidak lemau. Harga kuaci yang dipaket, dalam lingkungan RM2-RM8 bergantung pada kualiti kuaci tersebut.
  • Habuk kayu (Wood flakes). Ini amat penting untuk menjadi menyerap hasil buangan hamster anda. Ingat, kerap tukar habuk kayu apabila warnanya sudah berubah kepada kuning gelap bagi mengelakkan hamster anda jatuh sakit. Harganya dalam lingkungan RM 8- RM 10.
  • Vitamin. Vitamin ini terdapat dalam pelbagai jenis. Cara hendak menggunakannya, anda perlu mencampurkan beberapa cup dalam botol minuman hamster anda. Ada warna hijau, merah dan ada yang tidak berwarna. Saya syorkan anda beli vitamin yang bewarna hijau (Bengi-Vitamin for Rabbit, Hamster, Rat, Mouse and Small Animals) sebab ia amat berkesan untuk mengimbangi vitamin dalam badan, menghalang diarrhea dan sakit perut. Harga dalam pasaran bergantung pada lokasi, dalam lingkungan Rm5.80- RM 10.80.
  • Syampoo. Haa, jangan silap. Ini bukan sabun mandi, tetapi berupa spray yang akan kita gunakan untuk spray bulu hamster. Anda kena ingat bahawa, JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK MANDIKAN HAMSTER ANDA, walau macam mana pun. Sebab, hamster tidak mandi. Jadi, syampoo ini berguna untuk membersihkan bulu, membasmi kutu dan menghilang bau. Harga dalam pasaran juga bergantung pada lokasi, dalam lingkungan RM 5.80- RM 10.80.
  • Botol air (Drinking water). Botol air memang sudah tersedia dalam sangkar yang dah pun anda beli. Tetapi kalau hendak beli tambahan, harga bergantung kepada kualiti dan saiz, dalam lingkungan RM 10.80- RM 17.
  • Roda (Wheel). Hamster adalah haiwan yang sangat aktif pada waktu malam dan suka bersenam. Wheel atau roda memang dah tersedia dalam sangkar tersebut tetapi digalakkan satu hamster, satu roda. Mungkin tidak menjadi masalah kalau dua hamster berkongsi satu roda, tetapi saya tetap syorkan anda menyediakan satu wheel untuk setiap ekor, supaya mereka tidak bergaduh. Harga wheel dalam lingkungan Rm10.80 dan ke atas.
  • Alat menggigit. Hamster suka chew, mengunyah. Sebab tu hamster anda ada kalanya menggigit besi sangkar anda. Sebab apa? Untuk mengasah gigi mereka yang sentiasa tumbuh. Alat mengigit ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang berasaskan kapur dan juga kayu. Menerusi pemerhatian saya, hamster kebih sukakan alat mengigit yang berasaskan kayu. Harga dalam pasaran RM 10.80.
  • Bathing sand. Hamster tidak mandi, tetapi mereka mandi dengan cara tersendiri. Jika anda mempunyai kewangan yang lebih, anda boleh membeli satu tempat khas (toilet) untuk hamster anda bergumal dengan pasir yang anda letak di dalamnya. Anda boleh menggunakan pasir wangi ataupun pasir biasa. Harga dalam pasaran RM6.50-Rm13.

Hmm. Nampak gaya ini adalah antara barang keperluan untuk memelihara hamster. Jika anda orang baru, mulakan dengan membeli barang yang utama, seperti sangkar kecil (wheel dan botol air tersedia ada), makanan, habuk kayu dan vitamin. Harga semua dalam lingkungan RM 43. Tambah dengan dua ekor hamster anda yang berharga RM 10 setiap satu, bermakna anda perlukan RM 63 untuk memelihara hamster.

Okay, kita sambung lagi dalam post seterusnya, perkara yang perlu diingat dalam menjaga kebersihan dan kesihatan hamster anda supaya tidak ada yang jatuh sakit.Jumpa lagi =)

12 comments:

AimanSWAGG said...

boleh tak bagi contoh sangkar rm15 dan sangkar rm50. thanks. p/s:blog ni sangat membantu :DDD

Anonymous said...

nak tanya, roda dalam sangkar yg baru saya beli untuk hamster saya terlalu kecik untuk dia berlari, takpe ke kalu dia tak berlari2 dengan roda tu?

teh herba said...

Nak tumpang Tanya. Kita boleh campur tak hamster Dari pelbagai spesis? Syrian Dan yang lain.

myra san said...

hamster saye suka sngt panjt besi sangkar....adekah ia satu yg pelik atau perkara normal?

Unknown said...

vitamin tu kena masukan ke dalam air hamster ke?

Unknown said...

Vitamin tu klau takde bleh tak ?

Unknown said...

DEKAT MANA NAK BELI BATHING SAND & SHAMPOO HAMSTER ?

Muhd syakirin said...

Prkra normal tu

Nurul ain said...

Tak boleh,nanti hamster tu gemuk lepas tu kemungkinan mati

Nurul ain said...

Tak boleh,nanti dia gaduh

Nurul ain said...

Kedai haiwan lah.. —_—

mswomen said...

macam mana nak cari jenis yang tak buat dorg gaduh . mampus aku duk gaduh dlm sangkar . aku nak buat apa

Post a Comment