kena jaga kesihatan dan kebersihan hamster

Sampai satu peringkat, saya mempunyai sembilan ekor hamster tetapi akhirnya hanya tinggal dua ekor kerana dijangkiti penyakit, stress dan mati kerana pergaduhan. Anda mungkin tidak percaya kalau saya beritahu anda yang hamster anda boleh menghidapi stroke, mahupun diabetis. Seperti penyakit manusia, bukan? Jadi, untuk memastikan tahap kesihatan hamster dalam keadaan yang optimum, anda perlulah:

  • 1. Memastikan makanan yang disediakan ditukar setiap kali waktu makan. Buang sisa makanan walaupun banyak makanan yang tidak habis, dan ganti dengan makanan yang baru. Hal ini amat penting kerana makanan itu mungkin lemau, basi, dan mungkin dah dijangkiti kuman. Jadi, elakkan mencampurkan makanan yang baru dan lama dalam satu bekas, biarpun anda hendak berjimat.
  • 2. Memastikan air minuman yang fresh diganti setiap selang 2 hingga 3 hari bagi mengelakkan air tidak berkeladak kerana dibiarkan terlalu lama tidak berganti. Penting untuk mengelakkan hamster anda cirit birit atau sakit perut.
  • 3. Memastikan habuk kayu ditukar sebaik sahaja warnanya bertukar kepada warna gelap dan berbau hamis kencing mereka. Digalakkan menukar setiap hari, tetapi bagi yang sibuk, anda boleh menukarnya setiap 3 hari sekali. Habuk kayu yang kotor tidak berganti akan meningkatkan lagi risiko hamster anda untuk dijangkiti penyakit.
  • 4. Memastikan hamster anda cukup tidur. Hamster adalah haiwan nocturnal iaitu haiwan yang berjaga sepanjang waktu malam, dan tidur pada waktu siang. Jadi, amat digalakkan tidak menggangu si comel anda ketika mereka sedang tidur bagi mengelakkn mereka stress dan boleh membawa kepada kematian.
  • 5. Memastikan hamster anda tidak bergaduh. Wow, macam mana tu? Dalam sesebuah sangkar, akan ada hamster jantan yang ingin menjadi ketua, maka sekiranya anda telah berjaya mempunyai banyak hamster, maka amat tidak digalakkan mencampurkan hamster jantan yang masih kecil dalam satu sangkar yang mengandungi hamster jantan yang sudah besar. Pergaduhan akan berlaku dan sekiranya anda lambat mengasingkan mereka, kematian si kecil akan berlaku.
  • 6. Memastikan hamster anda tidak mengigit soft plastic, kerana perut mereka tidak boleh menghadam plastic dan boleh membawa kematian.
  • 7. Anda perlulah kerap bermain dan berbual dengan hamster anda terutama pada waktu berjaga mereka untuk merangsang emosi positif mereka. Jangan biarkan mereka berasa diabaikan dan boleh membawa kepada stress.
  • 8. Oh, ya! Jangan sesekali terniat untuk mandikan hamster walaupun terdapat buih sabun untuk hamster, walaupun disuruh mandi dengan air yang suam. Mereka mandi dengan cara tersendirir. Menerusi pengalaman saya, hamster anda akan mengalami selsema berpanjangan jika tidak dirawat dan akan membawa kepada kematian.
  • 9. Sesekali anda boleh membawa hamster anda berjalan luar dari sangkar anda untuk menghirup udara segar, seperti berjalan di atas lantai, padang rumput. Tetapi pastikan tidak ada semut, kucing atau sebarang bahaya di sekeliling anda. Tetapi ingat, hamster apabila dilepaskan, mereka akan berlari laju dan mungkin anda sukar untuk menangkapnya kembali.

Okay, jadi sampai di sini dahulu sebelum kita bersambung kepada post lain mengenai apakah penyakit-penyakit hamster yang perlu anda tahu. Jumpa lagi =)

6 comments:

Anonymous said...

macam mane saya mahu jinakkan hamster

Hamtar0 said...

maaf lambat. utk menjinakkan hamster, anda tidak perlu tergopoh2 memegang mereka kerana bau anda di'cop' sebagai musuh. biasakan diri anda dengan memberi makan menerusi sangkar, atau sekurang2 anda membiasakan hamster anda dengan bau anda. Sekiranya anda berjaya memegangnya, usap kedua2 telinganya, dan sering bercakap dengan hamster anda "sebagai tuan/kawan" supaya hamster anda men'cop' bau anda sebagai kawan/ tuan..

donkey.tigger said...

hamster bergaduh sampai berdarah? macam mana nak tahu jantan betina ?

Muhd syakirin said...

Hemster kita pun sama .tpi jantan dgn betina.mybe x serasi

Unknown said...

Hemster sy takut dgn sy...kalo diorg nmpk sy diorg teros lari nek ats

Unknown said...

Hemster sy takut dgn sy...kalo diorg nmpk sy diorg teros lari nek ats

Post a Comment