Wah, dia sakit ke? Nape perut dia membesar semacam?

Ha! Apabila anda memegang hasmter betina anda, anda dapat merasakan perutnya semakin membulat. Kemudian, dari hari ke sehari, nafsu makannya semakin kuat. Dan juga kerap minum air. Begitu juga, dia semakin menjauhi pasangannya. Kadang2 anda melihat dia mengumpulkan serbuk kayu ke satu2 penjuru sangkar anda dan ada di satu penjuru lagi, terlonggoknya makanan yang dikumpulkannya. Di samping itu, perutnya yang semakin membesar, anda akan dapat melihat, puting susunya akan jelas terlihat. Inilah tanda-tanda hamster anda sedang bunting..

Kalau anda melihat tanda2 ni, maka bersedia lah anda untuk menimang cahaya mata! Erk! +)

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah:

  1. Mengeluarkan hamster jantan dari sangkar, biarkan hamster betina yang bunting di dalamnya.
  2. Kerap mengganti habuk kayu kerana kita tidak mahu anak2 hasmter lahir ketika habuk kayu berbau dan busuk.
  3. Menyediakan banyak makanan dan minuman yang segar.
  4. Menyediakan satu ruang seperti kotak, rumah, atau seumpamanya untuk tempat hamster anda membuat sarang di dalamnya.
Kemudian, anda tunggu lah saat2 hamster anda melahirkan anak2 hasmter dalam lingkungan 5-9ekor sekali lahir.

Tempoh hamster betina bunting adalah selama 13 minggu *kalau silap, tolong betulkan...

4 comments:

allyhanafi said...

tempoh bunting syrian hamster dalam 15-18 hari. Manakala yang paling lama adalah roborovski.. 30-35 hari. tak der ler sampai 13 minggu.. 3 bulan tu..hehe

Hamtar0 said...

Oho!
time kasih atas mklumat tu td +)

zahran said...

kalo 15-18 hari nape hamster syria aq tak lahir-lahir lagi ehh?mungkin betul kut tiga belas minggu

Unknown said...

aku pnye hamster syrian 2 ekor je keluar anknye

Post a Comment