Apabila 2 hati menjadi satu...

Sekiranya anda mempunyai seekor hamster, maka disyorkan anda mencari seekor lagi hamster berlawanan jantina sebagai teman. Hal ini kerana, hamster merupakan haiwan yang peramah dan suka berkawan.

Ada satu peringkat, hamster yang berlawanan jenis ini menjadi terlalu sensetif sehingga menyebabkan pergaduhan. Sekiranyanya ini berlaku, anda perlu mengasingkan mereka berdua dalam sangkar yang berlainan.

Ada satu peringkat juga di mana, hamster anda berlainan jantina akan menjadi intim dan selalu kelihatan, hamster jantan mengekori hamster betina dan hamster betina "merelakan", dan tidak lagi pergaduhan yang berlaku.

Ini merupakan petunjuk awal bahawa hamster anda sudah cukup matang dan hendak mengawan. Menerusi pengalaman saya, tanda-tanda hamster betina sudah bersedia mengawan ialah:

1. Badannya akan melekat rapat ke tanah.
2. (Pada masa yang sama) Ekornya akan tegak berdiri ke atas.
3. Mengeluarkan :sesuatu: bau... (mungkin bau mengawan untuk menarik perhatian hamster jantan)

Setelah mendapat isyarat, hasmter jantan akan menjilat kemaluan hasmter betina dan seterusnya. Proses mengawan in boleh berlaku sepanjang petang atau malam dan digalakkan anda tidak menganggu mereka melainkan jika anda tidak bersedia untuk menambahkan bilangan hamster anda.

Setakat ini saya berkongsi, sekiranya ada tambahan, sila tinggalkan di ruang komen.

0 comments:

Post a Comment