Memang tak dapat dinafikan..



AKU RINDU HAMSTER AKU!!!

Aku tak boleh tipu perasaan aku bila setiap kali aku balik sekolah, aku akan teringat rutin aku pada hasmter2 aku.

  1. aku akan buka tingkap rumah, dan on kipas. Sbb rumah aku panas, so nk bg diorang kesejukkan sikit,
  2. aku buka bekas makanan, diorang yang sedang lena tidur, automatik akan terus bangun, sbb tau aku nk bagi makan.
  3. kadang2 aku makan dengan diorang. Maksud aku, kalau aku makan lauk telor, ikan ke, ayam ke, aku bagi sikit diorang.
Huhu. SEDIH!

Bila malam menjelma, baru aku datang kat diorang, dan gomol2 diorang. Main2 dan borak2.

Bila hujung minggu datang, aku dengan mengeluh2, kemas sangkar dan mandikan diorang.

dan memang tak dapat dinafikan bila aku tak de diorang, aku rasa senang sbb tak payah pikir diorang dah makan ke belum, bila nk ganti air, bila nk ganti sangkar, tapi JAUHHHH dari sudut hati aku, aku masih perlukan dan rindu diorang...

Huhu. SEDIH!

Tak pe la.

http://www.emoticonizer.com

Finally...

Putih yang berusia 4 bulan, aku ralat sbb sampai sekarang aku tak carikan teman untuk dia. Maafkan aku, Putih sbb pisahkan kau dgn adik2 kau serta tak carikan teman utk kau.. :(

Lincah yang lena tidur. Maafkan aku sbb aku masih tak dapat bagi makanan yang sedap2 lagi seperti dulu.. :(

Billy yang lena dalam pelukan aku. Berat Billy makin susut dari hari ke hari. Maaf Billy tak dapat bagi makanan yang sedap2 macam dulu :(

*Gambar ini diambil pada hari kami berpisah. Maafkan aku. Aku hanya menurut perintah kedua orang tua ku... lagi pun aku yakin, akak tu dapat jaga korang lagi baik dari aku. Maafkan aku semua...

Mak aku membebel tentang bela2 h amster. Maklumlah dia risau dengan kesihatan anaknya ni. Tambah2 pula bila ada kes2 kematian yang disebabkan kencing tikus. Lagi la dia risau. Akhirnya, atas nasihat mak aku, aku pun pergi memberi 3ekor hamster aku kepada seorang petugas di pet shop tanpa mengambil sebarang bayaran sebab aku amat2 menyanyangi hamster2ku. Jadi tidak patut aku menjual mereka, aku cuma menyerahkan mereka kepada seseorang yang boleh menjaga hamster aku dengan lebih baik.
Selamat tinggal, Billy...
Selamat tinggal, Lincah...
Selamat tinggal, Putih...


Ibu dan Anak

anak2 lisa dan nancy selepas adik beradiknya dijual...

apabila mereka dikumpulkan...

Lincah dan anaknya. (dari 7 tinggal 2)


Come dan anaknya. (dari 5 tinggal 2)


Nancy dan anaknya. (Dari ? tinggal 3)


Lisa dan anaknya. (dari 7 tinggal 5)


*yang penting, pastikan si bapak tiada dalam sangkar bersama baby2 come tu, jangan dekati sarang mereka selama 10 hari selepas kelahiran, sediakan air dan makanan berprotein tinggi (jangan lupa ganti)



peringkat anak hamster membesar

Hari ke 3... bulu primer mula kelihatan, ujung telinga, gigi dan kuku mula tumbuh...

Hari keempat... Mata masih tertutup.


Hari ke 8. Bulu sekunder mula kelihatan.


Hari ke 12. Masih bergantung pada susu ibu. Perbezaan warna sekunder dan primer jelas.



Hari ke 38. Mata masih tertutup rapat dan bergerak menerusi deria bau dan dengar. Sudah boleh makan makanan keras dan minum air dari botol.



Hari 39.



Hari ke 40. Mata hampir buka.


Hari ke 44.. Sudah besar. Mata sudah dibuka.























































































































































































































































Apa yang merah2 tu???

Cukup bulan, ibu yang sedang sarat mengandung pun selamat melahirkan baby yang berwana merah kemerahan. Hah! Awas, jangan sesekali menyentuh seluruh bedding tempat beliau melahirkan baby2 tersebut. Ingat, sekali anda menyentuh baby @ bedding @ tempat2 yang berdekatan, sekali itu juga ibu hamster ini akan mengambil tindakan drastik dengan menyumbatkan anak2 beliau ke dalam mulut atau "mengigit" tengkuk anak-anaknya sehingga boleh menyebabkan kematian.
Jadi, apa yang anda boleh lakukan apabila anda menimang cahaya mata, anda hendaklah memastikan tempat kelahiran si bayi comel ini tidak disentuh oleh anda selama 10 hari. Biarlah si ibu buat sesuka hati dengan anaknya. Apabila anaknya tiba2 berada jauh dari ibunya, biarkan, sebab ibunya boleh "mengambil balik" anaknya dekat kepadanya.
Biasanya pada setiap kelahiran, hamster boleh melahirkan 4 shingga 9 ekor dan menerusi pengalaman saya, saya memperolehi 7 bayi hamster setiap kelahiran.
Apa yang anda perlu lakukan ialah menyediakan makanan dan air minuman yang sering diganti secara kerap kerana ibu yang baru lepas melahirkan makan banyak dan minum pun banyak. kalau boleh, sediakan banyak makanan yang berprotein seperti daging dan ikan.
Pastikan juga, anda mengeluarkan wheel dari sangkar serta tidak mempunyai dua tingkat bagi langkah keselamatan.
Pastikan juga, bedding tempat ibu menyusukan anak tidak basah dilimpahi air dari minuman botol, kalau basah jugak, digalakkan anda menggunakn sarung tangan plastik ketika mengeluarkan bedding tersebut supaya tiada bau tangan anda yang melekat di "sarang" dia.
pengalaman saya:
  1. Come melahirkan lima ekor anak, dan kerana ini merupakan pengalaman pertama saya, saya terus menukar bedding yang masih terdapat darah kelahiran. Akibatnya, Come tidak henti-henti menggigit tengkuk anaknya untuk mencari temapt yang lebih selamat. Dan perkara ini tidak saya sedari sehinggalah apabila saya menukar bedding entah berapa kali, tiga ekor anaknya mati. Yang tinggal, hanyalah Lincah dan Ciko.
  2. Lincah melahirkan 7 ekor anak juga tanpa saya sedari. Sangkar Lincah 2 tingkat dan dia melahirkan anaknya di dalam rumah tingkat kedua. Saya risau dengan keadaan anaknya yang sering terjatuh dari tingkat kedua, lalu saya cuba untuk menukar sangkar. Akibatnya, Lincah berasa takut dan memasukkan ketujuh2 anaknya ke dalam mulutnya dan tidak mengeluarkan mereka selama hampir dua jam. Saya terus mengambil tindakan untuk "mendiamkan diri" dan selepas itu, barulah Lincah mengeluarkan anak2nya. Yang terselamat hanya lah 2 ekor, selebihnya mati. Yang mati itu dimakan oleh Lincah.
  3. Nancy melahirkan entah berapa anak kerana Tommy telah memakan beberapa ekor anak. Inilah akibatnya jika anda tidak segera mengasingkan hamster jantan dari hamster betina yang bunting. Maka, hanya 3 ekor anak sahaja yang Nancy besarkan.
  4. Lisa melahirkan 7 ekor anak selepas Nancy melahirkan anak. Saya berjaya mengeluarkan Ciko dari sangkar apabila saya terperasan Ciko sedang memakan anak sulung yang baru sahaja dilahirkan. Akibatnya, anak tersebut kudung sebelah kakinya.