Ibu dan Anak
Apa yang merah2 tu???
- Come melahirkan lima ekor anak, dan kerana ini merupakan pengalaman pertama saya, saya terus menukar bedding yang masih terdapat darah kelahiran. Akibatnya, Come tidak henti-henti menggigit tengkuk anaknya untuk mencari temapt yang lebih selamat. Dan perkara ini tidak saya sedari sehinggalah apabila saya menukar bedding entah berapa kali, tiga ekor anaknya mati. Yang tinggal, hanyalah Lincah dan Ciko.
- Lincah melahirkan 7 ekor anak juga tanpa saya sedari. Sangkar Lincah 2 tingkat dan dia melahirkan anaknya di dalam rumah tingkat kedua. Saya risau dengan keadaan anaknya yang sering terjatuh dari tingkat kedua, lalu saya cuba untuk menukar sangkar. Akibatnya, Lincah berasa takut dan memasukkan ketujuh2 anaknya ke dalam mulutnya dan tidak mengeluarkan mereka selama hampir dua jam. Saya terus mengambil tindakan untuk "mendiamkan diri" dan selepas itu, barulah Lincah mengeluarkan anak2nya. Yang terselamat hanya lah 2 ekor, selebihnya mati. Yang mati itu dimakan oleh Lincah.
- Nancy melahirkan entah berapa anak kerana Tommy telah memakan beberapa ekor anak. Inilah akibatnya jika anda tidak segera mengasingkan hamster jantan dari hamster betina yang bunting. Maka, hanya 3 ekor anak sahaja yang Nancy besarkan.
- Lisa melahirkan 7 ekor anak selepas Nancy melahirkan anak. Saya berjaya mengeluarkan Ciko dari sangkar apabila saya terperasan Ciko sedang memakan anak sulung yang baru sahaja dilahirkan. Akibatnya, anak tersebut kudung sebelah kakinya.
Wah, dia sakit ke? Nape perut dia membesar semacam?
Kalau anda melihat tanda2 ni, maka bersedia lah anda untuk menimang cahaya mata! Erk! +)
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah:
- Mengeluarkan hamster jantan dari sangkar, biarkan hamster betina yang bunting di dalamnya.
- Kerap mengganti habuk kayu kerana kita tidak mahu anak2 hasmter lahir ketika habuk kayu berbau dan busuk.
- Menyediakan banyak makanan dan minuman yang segar.
- Menyediakan satu ruang seperti kotak, rumah, atau seumpamanya untuk tempat hamster anda membuat sarang di dalamnya.
Tempoh hamster betina bunting adalah selama 13 minggu *kalau silap, tolong betulkan...
Apabila 2 hati menjadi satu...
Ada satu peringkat, hamster yang berlawanan jenis ini menjadi terlalu sensetif sehingga menyebabkan pergaduhan. Sekiranyanya ini berlaku, anda perlu mengasingkan mereka berdua dalam sangkar yang berlainan.
Ada satu peringkat juga di mana, hamster anda berlainan jantina akan menjadi intim dan selalu kelihatan, hamster jantan mengekori hamster betina dan hamster betina "merelakan", dan tidak lagi pergaduhan yang berlaku.
Ini merupakan petunjuk awal bahawa hamster anda sudah cukup matang dan hendak mengawan. Menerusi pengalaman saya, tanda-tanda hamster betina sudah bersedia mengawan ialah:
1. Badannya akan melekat rapat ke tanah.
2. (Pada masa yang sama) Ekornya akan tegak berdiri ke atas.
3. Mengeluarkan :sesuatu: bau... (mungkin bau mengawan untuk menarik perhatian hamster jantan)
Setelah mendapat isyarat, hasmter jantan akan menjilat kemaluan hasmter betina dan seterusnya. Proses mengawan in boleh berlaku sepanjang petang atau malam dan digalakkan anda tidak menganggu mereka melainkan jika anda tidak bersedia untuk menambahkan bilangan hamster anda.
Setakat ini saya berkongsi, sekiranya ada tambahan, sila tinggalkan di ruang komen.
Cerita tentang penyakit hamster
Tetapi sekiranya, hamster anda diserang selsema kerana jangkitan, berjumpalah dengan doktor haiwan. Mereka akan memberi ubat serbuk atau ubat berbentuk pil. Sekiranya ubat serbuk, seperti biasa, campurkan serbuk dengan air putih, dan dengan menggunakan picagari kecil, picitkan sebanyak 0.5 milimeter ke dalam mulut hamster anda. Sekiranya ubat tersebut berbentuk pil, kerat 1/4 daripada pil itu, kemudian hancurkan bersama air, dan seperti dinyatakan tadi, dengan mengggunakan picagari, suntikkan cecair tersebut dengan sebanyak 1.5 milimeter. Kekerapan anda memberi ubat kepada hamster anda bergantung kepada kekerapan hamster anda selsema.
Hamster saya ada menngalami cirit birit sehingga membawa kepada kematiannya. Saya tidak mempunyai pengalaman ini, jadi, sesiapa yang mempunyai pengalaman atau info, sila berkongsi bersama.
Sekiranya hamter anda luka kerana kesan pergaduhan, apa2 luka, saya hanya menggunakan minyak gamat untuk menyapu di tempat2 luka dan hasilnya amat menakjubkan. Dengan menggunakan cutton bud, saya menyapu tempat luka hamster, dan tidak sampai 3 hari, lukanya sudah sembuh.
Tetapi sekiranya anda mempunyai cara yang lagi baik dan selamat, sila berkongsi dengan kami semua.
kena jaga kesihatan dan kebersihan hamster
Sampai satu peringkat, saya mempunyai sembilan ekor hamster tetapi akhirnya hanya tinggal dua ekor kerana dijangkiti penyakit, stress dan mati kerana pergaduhan. Anda mungkin tidak percaya kalau saya beritahu anda yang hamster anda boleh menghidapi stroke, mahupun diabetis. Seperti penyakit manusia, bukan? Jadi, untuk memastikan tahap kesihatan hamster dalam keadaan yang optimum, anda perlulah:
- 1. Memastikan makanan yang disediakan ditukar setiap kali waktu makan. Buang sisa makanan walaupun banyak makanan yang tidak habis, dan ganti dengan makanan yang baru. Hal ini amat penting kerana makanan itu mungkin lemau, basi, dan mungkin dah dijangkiti kuman. Jadi, elakkan mencampurkan makanan yang baru dan lama dalam satu bekas, biarpun anda hendak berjimat.
- 2. Memastikan air minuman yang fresh diganti setiap selang 2 hingga 3 hari bagi mengelakkan air tidak berkeladak kerana dibiarkan terlalu lama tidak berganti. Penting untuk mengelakkan hamster anda cirit birit atau sakit perut.
- 3. Memastikan habuk kayu ditukar sebaik sahaja warnanya bertukar kepada warna gelap dan berbau hamis kencing mereka. Digalakkan menukar setiap hari, tetapi bagi yang sibuk, anda boleh menukarnya setiap 3 hari sekali. Habuk kayu yang kotor tidak berganti akan meningkatkan lagi risiko hamster anda untuk dijangkiti penyakit.
- 4. Memastikan hamster anda cukup tidur. Hamster adalah haiwan nocturnal iaitu haiwan yang berjaga sepanjang waktu malam, dan tidur pada waktu siang. Jadi, amat digalakkan tidak menggangu si comel anda ketika mereka sedang tidur bagi mengelakkn mereka stress dan boleh membawa kepada kematian.
- 5. Memastikan hamster anda tidak bergaduh. Wow, macam mana tu? Dalam sesebuah sangkar, akan ada hamster jantan yang ingin menjadi ketua, maka sekiranya anda telah berjaya mempunyai banyak hamster, maka amat tidak digalakkan mencampurkan hamster jantan yang masih kecil dalam satu sangkar yang mengandungi hamster jantan yang sudah besar. Pergaduhan akan berlaku dan sekiranya anda lambat mengasingkan mereka, kematian si kecil akan berlaku.
- 6. Memastikan hamster anda tidak mengigit soft plastic, kerana perut mereka tidak boleh menghadam plastic dan boleh membawa kematian.
- 7. Anda perlulah kerap bermain dan berbual dengan hamster anda terutama pada waktu berjaga mereka untuk merangsang emosi positif mereka. Jangan biarkan mereka berasa diabaikan dan boleh membawa kepada stress.
- 8. Oh, ya! Jangan sesekali terniat untuk mandikan hamster walaupun terdapat buih sabun untuk hamster, walaupun disuruh mandi dengan air yang suam. Mereka mandi dengan cara tersendirir. Menerusi pengalaman saya, hamster anda akan mengalami selsema berpanjangan jika tidak dirawat dan akan membawa kepada kematian.
- 9. Sesekali anda boleh membawa hamster anda berjalan luar dari sangkar anda untuk menghirup udara segar, seperti berjalan di atas lantai, padang rumput. Tetapi pastikan tidak ada semut, kucing atau sebarang bahaya di sekeliling anda. Tetapi ingat, hamster apabila dilepaskan, mereka akan berlari laju dan mungkin anda sukar untuk menangkapnya kembali.
Okay, jadi sampai di sini dahulu sebelum kita bersambung kepada post lain mengenai apakah penyakit-penyakit hamster yang perlu anda tahu. Jumpa lagi =)
jangan lupa barang keperluan hamster
Hmm. Tentang barang keperluan hamster. Dulu, saya hanya fikir, barang keperluan hamster hanyalah sangkar dan makanan. Rupanya saya silap. Jadi sekarang, saya akan cerita kenapa kita mesti ada duit paling sedikit pun RM 70.
Barang-barang keperluan untuk memelihara hamster:
- Sangkar. Hmm, memandangkan anda telah pun Berjaya memilih dan memberi nama yang comel kepada dua ekor hamster anda, anda memerlukan sebuah sangkar. Sangkar yang dipilih bergantung kepada saiz sangkar yang anda mahu. Sangkar yang paling kecil, yang boleh memuatkan satu hingga dua ekor hamster berharga dalam lingkungan RM15-RM18. Kalau anda mempunyai duit lebih, anda belilah sangkar sederhana besar yang berharga dalam lingkungan RM 40-RM50. Tetapi, saya pada permulaanya hanya beli sangkar kecil, RM15.
- Makanan. Hmm, hamster makan apa ye? Ramai yang saya soalan itu. Jawapan dia senang sahaja. Kuaci. Selain itu, hamster suka juga makan bijiran seperti oat, barli, beras, jagung (semua dalam keadaan kering). Terdapat juga makanan campuran yang mengandungi daging, dan sayur. Saya syorkan anda membeli kuaci sahaja sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang cukup. Ada kuaci yang dijual dalam paket (kedap udara) dan ada yang dijual secara lambak. Saya syorkan anda beli kuaci (atau apa jua makanan) yang sudah siap dipaket kerana terjamin makanan tersebut tidak lemau. Harga kuaci yang dipaket, dalam lingkungan RM2-RM8 bergantung pada kualiti kuaci tersebut.
- Habuk kayu (Wood flakes). Ini amat penting untuk menjadi menyerap hasil buangan hamster anda. Ingat, kerap tukar habuk kayu apabila warnanya sudah berubah kepada kuning gelap bagi mengelakkan hamster anda jatuh sakit. Harganya dalam lingkungan RM 8- RM 10.
- Vitamin. Vitamin ini terdapat dalam pelbagai jenis. Cara hendak menggunakannya, anda perlu mencampurkan beberapa cup dalam botol minuman hamster anda. Ada warna hijau, merah dan ada yang tidak berwarna. Saya syorkan anda beli vitamin yang bewarna hijau (Bengi-Vitamin for Rabbit, Hamster, Rat, Mouse and Small Animals) sebab ia amat berkesan untuk mengimbangi vitamin dalam badan, menghalang diarrhea dan sakit perut. Harga dalam pasaran bergantung pada lokasi, dalam lingkungan Rm5.80- RM 10.80.
- Syampoo. Haa, jangan silap. Ini bukan sabun mandi, tetapi berupa spray yang akan kita gunakan untuk spray bulu hamster. Anda kena ingat bahawa, JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK MANDIKAN HAMSTER ANDA, walau macam mana pun. Sebab, hamster tidak mandi. Jadi, syampoo ini berguna untuk membersihkan bulu, membasmi kutu dan menghilang bau. Harga dalam pasaran juga bergantung pada lokasi, dalam lingkungan RM 5.80- RM 10.80.
- Botol air (Drinking water). Botol air memang sudah tersedia dalam sangkar yang dah pun anda beli. Tetapi kalau hendak beli tambahan, harga bergantung kepada kualiti dan saiz, dalam lingkungan RM 10.80- RM 17.
- Roda (Wheel). Hamster adalah haiwan yang sangat aktif pada waktu malam dan suka bersenam. Wheel atau roda memang dah tersedia dalam sangkar tersebut tetapi digalakkan satu hamster, satu roda. Mungkin tidak menjadi masalah kalau dua hamster berkongsi satu roda, tetapi saya tetap syorkan anda menyediakan satu wheel untuk setiap ekor, supaya mereka tidak bergaduh. Harga wheel dalam lingkungan Rm10.80 dan ke atas.
- Alat menggigit. Hamster suka chew, mengunyah. Sebab tu hamster anda ada kalanya menggigit besi sangkar anda. Sebab apa? Untuk mengasah gigi mereka yang sentiasa tumbuh. Alat mengigit ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang berasaskan kapur dan juga kayu. Menerusi pemerhatian saya, hamster kebih sukakan alat mengigit yang berasaskan kayu. Harga dalam pasaran RM 10.80.
- Bathing sand. Hamster tidak mandi, tetapi mereka mandi dengan cara tersendiri. Jika anda mempunyai kewangan yang lebih, anda boleh membeli satu tempat khas (toilet) untuk hamster anda bergumal dengan pasir yang anda letak di dalamnya. Anda boleh menggunakan pasir wangi ataupun pasir biasa. Harga dalam pasaran RM6.50-Rm13.
Hmm. Nampak gaya ini adalah antara barang keperluan untuk memelihara hamster. Jika anda orang baru, mulakan dengan membeli barang yang utama, seperti sangkar kecil (wheel dan botol air tersedia ada), makanan, habuk kayu dan vitamin. Harga semua dalam lingkungan RM 43. Tambah dengan dua ekor hamster anda yang berharga RM 10 setiap satu, bermakna anda perlukan RM 63 untuk memelihara hamster.
Okay, kita sambung lagi dalam post seterusnya, perkara yang perlu diingat dalam menjaga kebersihan dan kesihatan hamster anda supaya tidak ada yang jatuh sakit.Jumpa lagi =)
cara nak pilih hamster
1. Pastikan anda ada minat mendalam dan sanggup belajar cara-cara yang betul untuk memelihara hamster,
2. Sanggup menanggung risiko ketika memelihara hamster sebab mereka pun ada perasaan, tekanan dan boleh menghidap pelbagai penyakit, dan
3. Anda ada duit. Hehe.
Mula-mula, saya rasa amat penting kalau anda ada duit paling sedikit pun dalam RM70. Jangan jadi macam saya. Pertama kali saya beli Pipi dan Einstein, saya hanya ada RM 46 dan disebabkan saya tak tau apa yang nak dibeli, jadi saya rasa memadai la kalau saya hanya beli dua ekor hamster dan sebuah sangkar. Tetapi, saya silap! Untuk membela dan memelihara hamster, anda memerlukan lebih daripada itu.
Jadi, sebelum kita pergi jauh lagi, tentang barang-barang yang perlu ada, saya nak berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih hamster sebagai haiwan peliharaan kita. Jeng jeng jeng.
Bila anda menjejaki kaki di kedai haiwan, pekerja akan segera melayan kita. Tanya apa yang kita nak beli. Bila dia tahu kita nak beli hamster, maka kita akan dibawa ke satu tempat yang mana terdapat satu bekas kaca sebesar akuarium yang menempatkan berpuluh-puluh anak hamster yang comel-comel, pelbagai warna berusia lebih kurang sebulan yang ready untuk dijual.
Perkara pertama yang saya hendak tekankan ialah: “Jangan terpedaya dengan tawaran pekedai”. Ambil masa untuk pilih hamster.
1. Jika anda hanya berminat untuk membela hamster satu jantina sahaja, maka saya tidak berapa galakkan. Kenapa? Sebab hamster adalah haiwan yang suka berkawan dan dia tak suka duduk dalam sangkar, bosan sorang-sorang. Jadi, belilah sepasang hamster.
2. Untuk mengenal hamster samada jantan atau betina amat mudah menerusi alat kelamin mereka. Hamster jantan, seperti mana yang kita semua maklum, mempunya testis. Untuk mengenal hamster betina, alat kelamin dan salur najis terletak berdekatan antara satu sama lain. Anda mungkin mengalami masalah untuk mengenal jantina hamster sekiranya mereka terlalu kecil. Tetapi, jangan bimbang, pekedai arif tentang jantina.
3. Selepas anda mengenal jantina, saya syorkan, jangan terus setuju untuk beli hamster tersebut. Perkara seterusnya, anda perlu pastikan, hamster tersebut tidak mengalami luka di badan, bulu tidak gugur, mulut tidak kudis, mata bersinar dan salur najis tidak “basah”. Ini adalah penting untuk memastikan hamster yang anda pilih itu adalah sihat. Tidak mengapa kalau anda hendak memelihara hamster yang kurang sihat, tetapi untuk orang yang baru, tidak digalakkan.
4. Setelah anda selesai dan berpuas hati dengan kesihatan hamster anda, maka, anda sudah selangkah menuju ke dunia hamster. =)
Okay, kita sambung lagi pada post seterusnya pada barang-barang keperluan hamster anda. Owh, ya. Jangan lupa bagi nama pada hamster anda. Mereka pasti suka jika anda memanggil mereka dengan nama yang comel. Jumpa lagi =)




