Rindu Beb..

Aku ni asyik cakap rindu je kan? Rindu hamster2 aku. Bukan ape. Hari ni dah habis exam, so aku pack la baranng2 aku utk bawa balik. Tiba2 je aku ternampak sangkar n kotak2 hasmter time aku bela dulu. Serious, beb aku rindu sangat....

Tak pe la, ti bila ku keje, aku bela sekor atau sepasang.. Kalau mak aku riso ttg kesihatan aku, aku bela arnab la plak. Ti boleh aku wat blog tentang arnab lak..:)

Rinduku tak Tertahan..

Time ni dia liar sgt2.. susah nak handle..

Bila dia dah besar, dah okay dah..

Cara dia makan.. Miss you Billy..

Masa ni dia bersihkan bulu dia...


Ingat lagi, amsa tu awal Julai 2009, Feroz hadiahkan Billy pada aku sbb Enstein dah tua... Billy kecik lagi masa tu, dan sangat liar... dan cara aku lembutkan dia, aku urut2 telinga dia dan bisikkan kata, "Billy, aku ni tuan ko tau... yg bg ko makan, minumm"... lama2 dia dah biasa dengan bau aku, dan dia pun dah tk kisah kalau aku pegang2 dia...

Napa aku panggil dia Billy? Hehe.. sebabnya aku ada pengalaman buruk dengan nama BILLY ni, bagi aku nama BILLY ni jahat, dan tambah2 pula hamster ni "jahat" sikit, tu yg aku panggil Billy..

Billy ni telah bersatu dengan Come. Time tu hanya dua hamster aku je yg survive dari 9 ekor. So, diorang mengawan, dan selang 2 hari aku pindah rumah baru, dapatlah hasilnya-5ekor anak. Billy ni baik. Setakat kes2 beranak ni, dia tak pernah nk makan anak2 dia walaupun aku tak keluarkan dia seharian semasa anak2nya dilahirkan, malah dia akan duduk berasingan jauh dari pasangannya.

Betul... tu yg aku plek. Tapi kalau hamster jantan len, macam Ciko dan Tommy, comfirm diorang dah makan dah.. hehe

Rindu sangat pada Billy.. Feroz pun sedih bila ktrg bg Billy, Lincah dan Putih pada orang lain untuk dijaga... Maafkan aku Billy.. Kau adalah hamster yang paling sabar dengan kemudahan yang aku berikan...

Cuma satu je yang aku kesalkan. Aku TERmandikan Billy... sbb time tu aku nmpak ada sabun utk mandian hamster, jadi aku pun mandikan dia. Walaupun masa tu aku guna air suam, kesannya Billy selsema sampaila saat aku bagi kat akak tu... Puas aku bagi ubat ceceme kat dia, tapi tk elok juga cecme dia.. Kesian aku tengok dia bersin2... time aku mandikan dia, ingat lagi cmne dia terketar2 kesejukkan.. ni suma gara2 aku la... hamster tak boleh dimandikan.. :(

*miss him so much..

Nightmare..

Yo, aku terjaga sbb aku dapat mimpi buruk ttg hamster aku. Orang kata kalau pikir sgt ttg sesuatu, boleh bawa sampai ke mimpi. Tapi, serius, aku tak pun pikir ttg hamster aku sblum aku tidur td, tapi aku mimpi jugk.

Kalau betul la mimpi aku tu, aku mesti rasa serba salah yg teramat sgt. Sbb Ciko dlm keadaan teruk, sakit shingga matanya tertutup dn telinganya cedera. Billy mati or survive. Anak2 hamster yg lain dalam kelaparan teramat sangat. Dan ada sesetengah daripada hasmter aku jadi gila.

Wah! Mudah2an itu hanyalah mimpi semata2.

Apa2pun, wahai hamsterku sekalian, maaafkan aku sbb aku bg/jual korang kat orang lain. Aku terpaksa buat cm tu, okay? Demi mematuhi arahan orang tuaku. Maafkan aku sbb gagal bagi kehidupan yang terbaik buat korang sume.

Aku doakan yang terbaik utk kalian. Maafkan aku lagi.... Kepada manusia yg membeli dan mengambil hasmter aku tu, tolonglah bagi diaorang makan secukupnya, ganti air dan bersihkan sangkar mereka selang seminggu kalau malas pun. Jangan aniaya binatang. Please. Kalau aku boleh jaga, aku jaga mereka, tapi.................

Memang tak dapat dinafikan..



AKU RINDU HAMSTER AKU!!!

Aku tak boleh tipu perasaan aku bila setiap kali aku balik sekolah, aku akan teringat rutin aku pada hasmter2 aku.

  1. aku akan buka tingkap rumah, dan on kipas. Sbb rumah aku panas, so nk bg diorang kesejukkan sikit,
  2. aku buka bekas makanan, diorang yang sedang lena tidur, automatik akan terus bangun, sbb tau aku nk bagi makan.
  3. kadang2 aku makan dengan diorang. Maksud aku, kalau aku makan lauk telor, ikan ke, ayam ke, aku bagi sikit diorang.
Huhu. SEDIH!

Bila malam menjelma, baru aku datang kat diorang, dan gomol2 diorang. Main2 dan borak2.

Bila hujung minggu datang, aku dengan mengeluh2, kemas sangkar dan mandikan diorang.

dan memang tak dapat dinafikan bila aku tak de diorang, aku rasa senang sbb tak payah pikir diorang dah makan ke belum, bila nk ganti air, bila nk ganti sangkar, tapi JAUHHHH dari sudut hati aku, aku masih perlukan dan rindu diorang...

Huhu. SEDIH!

Tak pe la.

http://www.emoticonizer.com

Finally...

Putih yang berusia 4 bulan, aku ralat sbb sampai sekarang aku tak carikan teman untuk dia. Maafkan aku, Putih sbb pisahkan kau dgn adik2 kau serta tak carikan teman utk kau.. :(

Lincah yang lena tidur. Maafkan aku sbb aku masih tak dapat bagi makanan yang sedap2 lagi seperti dulu.. :(

Billy yang lena dalam pelukan aku. Berat Billy makin susut dari hari ke hari. Maaf Billy tak dapat bagi makanan yang sedap2 macam dulu :(

*Gambar ini diambil pada hari kami berpisah. Maafkan aku. Aku hanya menurut perintah kedua orang tua ku... lagi pun aku yakin, akak tu dapat jaga korang lagi baik dari aku. Maafkan aku semua...

Mak aku membebel tentang bela2 h amster. Maklumlah dia risau dengan kesihatan anaknya ni. Tambah2 pula bila ada kes2 kematian yang disebabkan kencing tikus. Lagi la dia risau. Akhirnya, atas nasihat mak aku, aku pun pergi memberi 3ekor hamster aku kepada seorang petugas di pet shop tanpa mengambil sebarang bayaran sebab aku amat2 menyanyangi hamster2ku. Jadi tidak patut aku menjual mereka, aku cuma menyerahkan mereka kepada seseorang yang boleh menjaga hamster aku dengan lebih baik.
Selamat tinggal, Billy...
Selamat tinggal, Lincah...
Selamat tinggal, Putih...