Cerita tentang penyakit hamster

Secara jujurnya, saya tidak menghadapi kes2 serius penyakit hamster. Hanya sekadar selsema yang disebabkan cuaca yang sangat sejuk, dan kerana alah dengan habuk kayu (bedding). Sekiranya hamster anda selsema kerana alahan sesuatu seperti alah dengan habuk kayu, anda mungkin boleh mengurangkan kuantiti habuk kayu (bedding) dalam sangkar, atau gantikan dengan sesuatu seperti tisu tandas yang dicari-carikkan.

Tetapi sekiranya, hamster anda diserang selsema kerana jangkitan, berjumpalah dengan doktor haiwan. Mereka akan memberi ubat serbuk atau ubat berbentuk pil. Sekiranya ubat serbuk, seperti biasa, campurkan serbuk dengan air putih, dan dengan menggunakan picagari kecil, picitkan sebanyak 0.5 milimeter ke dalam mulut hamster anda. Sekiranya ubat tersebut berbentuk pil, kerat 1/4 daripada pil itu, kemudian hancurkan bersama air, dan seperti dinyatakan tadi, dengan mengggunakan picagari, suntikkan cecair tersebut dengan sebanyak 1.5 milimeter. Kekerapan anda memberi ubat kepada hamster anda bergantung kepada kekerapan hamster anda selsema.

Hamster saya ada menngalami cirit birit sehingga membawa kepada kematiannya. Saya tidak mempunyai pengalaman ini, jadi, sesiapa yang mempunyai pengalaman atau info, sila berkongsi bersama.

Sekiranya hamter anda luka kerana kesan pergaduhan, apa2 luka, saya hanya menggunakan minyak gamat untuk menyapu di tempat2 luka dan hasilnya amat menakjubkan. Dengan menggunakan cutton bud, saya menyapu tempat luka hamster, dan tidak sampai 3 hari, lukanya sudah sembuh.

Tetapi sekiranya anda mempunyai cara yang lagi baik dan selamat, sila berkongsi dengan kami semua.

4 comments:

Anonymous said...

hy my nici selalu bersin2.adakah sebab sejuk sgt?da kurang kan serbuk kayu tu but bersin jugak.how eh?

Unknown said...

sama dgn saya... asyik bersin n berair hidung.. macam mana ea

Unknown said...

sama dgn saya... asyik bersin n berair hidung.. macam mana ea

Unknown said...

sama dgn saya... asyik bersin n berair hidung.. macam mana ea

Post a Comment