cara nak pilih hamster

Anda berminat untuk pelihara hamster? Sebelum itu, pastikan anda mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Pastikan anda ada minat mendalam dan sanggup belajar cara-cara yang betul untuk memelihara hamster,
2. Sanggup menanggung risiko ketika memelihara hamster sebab mereka pun ada perasaan, tekanan dan boleh menghidap pelbagai penyakit, dan
3. Anda ada duit. Hehe.

Mula-mula, saya rasa amat penting kalau anda ada duit paling sedikit pun dalam RM70. Jangan jadi macam saya. Pertama kali saya beli Pipi dan Einstein, saya hanya ada RM 46 dan disebabkan saya tak tau apa yang nak dibeli, jadi saya rasa memadai la kalau saya hanya beli dua ekor hamster dan sebuah sangkar. Tetapi, saya silap! Untuk membela dan memelihara hamster, anda memerlukan lebih daripada itu.

Jadi, sebelum kita pergi jauh lagi, tentang barang-barang yang perlu ada, saya nak berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih hamster sebagai haiwan peliharaan kita. Jeng jeng jeng.

Bila anda menjejaki kaki di kedai haiwan, pekerja akan segera melayan kita. Tanya apa yang kita nak beli. Bila dia tahu kita nak beli hamster, maka kita akan dibawa ke satu tempat yang mana terdapat satu bekas kaca sebesar akuarium yang menempatkan berpuluh-puluh anak hamster yang comel-comel, pelbagai warna berusia lebih kurang sebulan yang ready untuk dijual.
Perkara pertama yang saya hendak tekankan ialah: “Jangan terpedaya dengan tawaran pekedai”. Ambil masa untuk pilih hamster.

1. Jika anda hanya berminat untuk membela hamster satu jantina sahaja, maka saya tidak berapa galakkan. Kenapa? Sebab hamster adalah haiwan yang suka berkawan dan dia tak suka duduk dalam sangkar, bosan sorang-sorang. Jadi, belilah sepasang hamster.

2. Untuk mengenal hamster samada jantan atau betina amat mudah menerusi alat kelamin mereka. Hamster jantan, seperti mana yang kita semua maklum, mempunya testis. Untuk mengenal hamster betina, alat kelamin dan salur najis terletak berdekatan antara satu sama lain. Anda mungkin mengalami masalah untuk mengenal jantina hamster sekiranya mereka terlalu kecil. Tetapi, jangan bimbang, pekedai arif tentang jantina.

3. Selepas anda mengenal jantina, saya syorkan, jangan terus setuju untuk beli hamster tersebut. Perkara seterusnya, anda perlu pastikan, hamster tersebut tidak mengalami luka di badan, bulu tidak gugur, mulut tidak kudis, mata bersinar dan salur najis tidak “basah”. Ini adalah penting untuk memastikan hamster yang anda pilih itu adalah sihat. Tidak mengapa kalau anda hendak memelihara hamster yang kurang sihat, tetapi untuk orang yang baru, tidak digalakkan.

4. Setelah anda selesai dan berpuas hati dengan kesihatan hamster anda, maka, anda sudah selangkah menuju ke dunia hamster. =)

Okay, kita sambung lagi pada post seterusnya pada barang-barang keperluan hamster anda. Owh, ya. Jangan lupa bagi nama pada hamster anda. Mereka pasti suka jika anda memanggil mereka dengan nama yang comel. Jumpa lagi =)

0 comments:

Post a Comment